Yang Dibuat Tak Cerminkan Apa Yang Dikata… Itulah PH – Idris Haron


KUALA LUMPUR, 17 April – Pembaziran demi pembaziran dan kegagalan demi kegagalan yang dilakulan oleh Kerajaan Negeri Melaka langsung tidak mencerminkan mereka sebagai kerajaan berwibawa dan pintar sebagaimana yang sering di uar-uarkan sebelum ini, bidas bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron.

Katanya, berdasarkan kepada apa yang berlaku sekarang ini, nampaknya kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal melakukan pentadbiran yang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Kata nak jimat, mimpilah kata mereka nak menjimatkan wang rakyat sedangkan apa yang dibuat semuanya nampak gagal,” katanya kepada UMNO-Online, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada pentadbiran PH di Melaka dan terbaru kegagalan Program Pameran Warisan Kerajaan Negeri Melaka 2019 yang tidak mendapat sambutan dari orang ramai.

“Program yang dilaksana tanpa perancangan rapi tidak ada hasil. Langsung tidak memberikan impak ke atas setiap sen wang rakyat yang dibelanjakan. Ternyata yang untung adalah tauke-tauke kanopi yang digunakan untuk mengisi kerusi meja kosong tanpa pengunjung.

“Sudah hampir setahun mereka mentadbir, kebolehan utama semulajadi mereka adalah belanja boros dan memberikan keuntungan kepada golongan tertentu seperti kroni-kroni mereka sahaja. Itu penjimatan kerajaan rupanya…,” sindir beliau lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.