Hutang Negara Naik RM98.4 Bilion : Apakah Guan Eng Cekap Urus Ekonomi?

KUALA LUMPUR, 15 April – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata ketidakcekapan Lim Guan Eng ( LGE ) mengurus ekonomi Malaysia menyebabkan *hutang negara terus meningkat kepada RM785.2 Bilion* ( 15.4.19 ).

Ini bermakna jelas beliau hutang telah *meningkat sebanyak RM98.4 Bilion* sejak Kerajaan PH mengambilalih pemerintahan Malaysia.

“Hakikatnya hanya RM686.8 Bilion sahaja hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN pada 9 Mei 2018 lalu.

“Bayangkan pasti jumlah hutang Malaysia di bawah Kerajaan PH akan terus meningkat jika LGE terus meminjam. Jumlah ini belum dicampur RM82 bilion yang Kerajaan PH ambil dari Petronas”, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Justeru beliau mempersoalkan apakah LGE cekap mengurus ekonomi ?

Lebih merisaukan tegasnya lagi banyak syarikat dan aset negara telah dan akan dijual.

“Malah sikap LGE yang sentiasa memutarbelit fakta menimbulkan ketidakyakinan pelbagai pihak. Ini tidak baik pada negara”, ujarnya. –MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.