Keputusan ‘Hatrick’ BN Di Rantau Mesej Jelas Rakyat Terhadap Kerajaan

REMBAU, 14 April – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong melihat keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah satu kemenangan ‘hatrick” kepada Barisan Nasional (BN).

“Saya rasa ini satu keputusan tepat dan ‘hatrick’ bagi BN namun kita tidaklah terlalu selesa dan kita akan terus bekeja kuat untuk memastikan kemenangan kita dapat diteruskan untuk PRU 15.

“Ini juga satu signifikan kepada Datuk Seri Mohamad Hasan dan saya merasakan ini juga ‘endorsment’ yang cukup bermakna dan menunjukkan mandat baru diberikan semua kaum kepada Tok Mat,” katanya kepada UMNO-Online di pusat penjumlahan rasmi keputusan PRK DUN Rantau, di sini malam tadi.

Wee juga melihat majoriti tinggi adalah satu mesej kepada kerajaan pusat mahu negeri.

“Majoriti tinggi adalah satu mesej jelas baik di peringkat pusat mahu pun negeri dan saya rasa ini signal terlalu kuat untuk dihantar kepada kerajaan bahawa mereka perlu berwaspada dan mereka tidak boleh menganggap apa yang dijanjikan itu semata-mata untuk mendapatkan undi pada PRU lalu dan tidak menganggapnya sebagai satu kewajipan yang perlu ditunaikan,” tambahnya.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.