PRK Rantau Isyarat Rakyat Tolak Budaya Politik Populis – Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 13 April – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat kekalahan PKR dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH menunaikan janji, di samping petanda rakyat menolak budaya politik populis dan ‘pak pandir’ yang hanya pandai menyalahkan pihak lain.

Katanya, kemenangan ni menunjukkan perkembangan positif ke arah agenda penyatuan ummah dan permuafakatan di kalangan parti-parti pembangkang, NGO dan tokoh berpengaruh.

“Syukur kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih YB Datuk Seri Mohamad Hasan bagi mewakili rakyat bermasyarakat majmuk di DUN Rantau.

“Saya juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada ahli dan jentera PAS serta DHPP yang membantu dalam kempen PRK DUN Rantau ini, termasuklah ahli PAS di Rantau yang turun mengundi hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.