PRK Rantau: Bukti Rakyat Kembali Kepada BN, Signal PH Tak Diterima

KUALA LUMPUR, 13 April – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRK Rantau adalah kemenangan rakyat dan merupakan kemenangan berganda kerana ia bukan saja bukti rakyat kembali sekali lagi kepada BN tetapi signal Pakatan Harapan (PH) semakin tidak diterima, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Katanya, kemenangan hattrick ini dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 4,510 undi adalah bukti rakyat menolak kepimpinan PKR yang diketuai Anwar Ibrahim dan PH umumnya.

“Kemenangan ini juga bukti rakyat menghargai jasa dan bakti yang telah dilaksanakan oleh Tok Mat di Rantau, menghargai apa jasa BN dan UMNO serta komponen kepada rakyat, dan lebih penting berjaya meletakkan Ketua Pembangkang yang ‘credible’ dan kuat di DUN Negeri Sembilan.

“Tahniah kepada semua jentera UMNO, rakan-rakan Komponen BN, MCA, MIC, PAS, KIMMA, Makkal Sakti dan IPF, NGO, Friends of BN, dan disemua peringkat yang bekerja keras. Dan terima kasih kepada pengundi DUN Rantau kerana memberi sokongan kepada Tok Mat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ujarnya, paling utama kemenangan ini membuktikan kesepakatan antara UMNO rakan-rakan Komponen BN, MCA, MIC, PAS, KIMMA, Makkal Sakti dan IPF, NGO, Friends of BN, adalah kerjasama terbaik untuk rakyat Malaysia. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.