Kemenangan Tok Mat Mesej Pengundi Tolak PH – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 April – Kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau suatu mesej bahawa Pakatan Harapan (PH) telah ditolak oleh pengundi-pengundi yang merasakan mereka telah tersalah sokong pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tok Mat telah memperoleh 10,397 undi menewaskan calon PH yang diwakili dari parti PKR, Dr S Streram memperoleh 5,887 undi manakala calon Bebas R. Malar Vizhi 83 undi dan Mohd Nor Yasin 79 undi.

“Tok Mat juga ADUN paling sesuai untuk rakyat Rantau biarpun mereka berisiko mengundi calon pembangkang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Majoriti yang diperoleh Tok Mat yang juga Timbalan Pengerusi BN adalah sebanyak 4,510. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.