Tok Mat Pemimpin Semua Kaum, Bukti Bukan Sekadar Janji – Manickam

REMBAU, 11 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Manickam Letchuman, menegaskan calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan bukanlah sepertimana tohmahan dan dakwaan yang disebarkan oleh pihak tertentu yang cuba mengaitkan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu sebagai rasis.

“Ada klip-klip video yang sengaja diedarkan oleh pihak tertentu mengatakan bahawa Tok Mat adalah rasis. Saya bersama dengan beliau lima tahun dan bukti ada di depan ini. 13 kuil… 12 sekolah Tamil mendapat tanah di Negeri Sembilan malah saya berani mengatakan bahawa satu-satunya sekolah Tamil yang paling lengkap adalah Sekolah Tamil di Sendayan.

“Siapa yang buat… inilah bukti bukan sekadar janji… tanah dekat Linsum siapa yang selesaikan… Tanah Kampung Pasir Rantau siapa yang selesaikan… tanah Kampung Saga siapa yang selesaikan… apa lagi nak cerita ini… tidak perlu kita fikir panjang-panjang sangat… Tok Mat dalam hati kita ini….

“Mari kita sama-sama pangkah Tok Mat… cukuplah apa yang ditipu oleh mereka dan apa yang difitnah oleh mereka. Marilah kita tidak kira bangsa… tidak kira agama… tidak kira bangsa Melayu, India, Cina pangkahlah BN… pangkah untuk Tok Mat pastikan BN menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesra Bersama Calon BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Ekar, di sini, Khamis malam.

Pada masa yang sama beliau turut hairan dengan tindak-tanduk pihak lawan yang menjadikan Datuk Seri Najib sebagai bahan kempen.

“Saya keliru. Saya pergi ke Angsamas, pergi ke Linsum, Rantau dan PDM sekitar Rantau posternya adalah Tok Mat dan tidak ada poster Datuk Seri Najib, tetapi setiap kali mereka berucap Datuk Seri Najib… Datuk Seri Najib…,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.