PRK Rantau Ada Hikmahnya, Sekali Lagi Peluang Tunjuk Manifestasi Penolakan Terhadap Kerajaan PH – Zahid

RANTAU, 11 April –  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya apa yang berlaku di Rantau iaitu Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan mempunyai hikmah yang tersendiri dan kesediaan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat menawarkan diri adalah untuk menebus maruah rakyat Rantau keseluruhannya.

Selain itu tegas beliau PRK Rantau adalah peluang sekali lagi untuk rakyat selepas PRK Cameron Highlands dan Semenyih sebagai manifestasi penolakan terhadap kerajaan PH.

“Apa yang berlaku di Rantau ini ada hikmahnya. Ketika Tok Mat  menjadi Menteri Besar, Rantau ini telah dibangunkan dengan baik. Saya lihat daripada Seremban hingga ke sini… saya dah datang awal sebelum penamaan calon saya dah datang. Dalam keadaan yang begitu, Tok Mat menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon  di Rantau sekali lagi adalah untuk menebus maruah rakyat Rantau keseluruhannya.

“Kita bukan mahu riak…kita bukan mahu takbur…selama ini di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, apabila bertubi-tubi  fitnah, tohmah cerita-cerita yang tidak benar dilontarkan kepada rakyat  keseluruhannya terutama golongan muda mereka termakan, mereka terpengaruh dan mereka percaya tetapi mutakhir ini baru selepas sebelas bulan, berbondong-bondong bertemu dengan kami …bertemu dengan saya… Datuk cepatlah ambil…yang kau dulu buat silap pasal apa…silaplah Datuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sembang santai di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Angsamas, di sini, Rabu malam.

Dalam pada itu beliau turut memuji Mohamad yang menjalankan tugas-tugas sebagai presiden parti.

“Tok Mat kawan saya…apabila saya memberikan kepercayaan kepda beliau untuk menjalankan tugas-tugas presiden UMNO, beliau telah menjalankan tugas paling baik setakat ini.

“Ertinya pengalaman beliau sebagai MB Negeri Sembilan, sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan Ahli majlis Tertinggi sebelum itu telah dapat meletakkan Tok Mat semasa ketiadaan saya dan Tok Mat sememangnya boleh dipercayai untuk menjalankan tugas” tambahnya. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.