Pantun Ti Lian Ker Gamatkan Suasana Majlis Bersama Tok Mat, Ajak Undi BN

Rembau, 11 April – Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker malam tadi bukan sahaja mengajak pengundi untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat Sabtu ini, malah menghadiahkan pantun untuk Pakatan Harapan (PH).

Sambil menyifatkan Tok Mat adalah pemimpin semua kaum dan merupakan calon pilihan raya yang mewakili satu Malaysia, beliau turut melihat PH hari ini masih terikut-ikut dengan tindak-tanduk mereka sebagai parti pembangkang sebelum PRU lalu.

“Sudah tiba masanya pengundi DUN Rantau untuk memilih bukan sahaja seorang calon yang mewakili satu Malaysia malah pemimpin yang mempunyai jiwa besar serta seorang pemurah,” katanya sambil diselang-seli dengan pantun.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Sudah hampir setahun pakatan memerintah,
U-turn demi u-turn yang ditunjukkan.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah sudah mereka jolokkan;
Kalau menteri ingin belajar,
Esok kerajaan PH kita tukarkan.

Beliau seterusnya menambah peluang yang ada untuk penduduk Rantau merupakan satu peluang yang cukup baik bagi menghantar isyarat kepada kerajaan PH hari ini.

“Hari ini adalah peluang untuk pengundi Rantau menjadi wakil seluruh rakyat Malaysia mahu pun Cina, India, Melayu, Kadazan Sabah, Sarawak dan sebagainya untuk menyampaikan mesej kepada menteri-menteri pakatan janganlah buat pengumuman tanpa ada keputusan. Suka-suka mereka buat keputusan ingat mereka masih pembangkang lagi,” ujarnya.

Pada penghujung ucapannya, beliau turut melontarkan pantun untuk pengundi DUN Rantau.

Buah cempedak di luar pagar,
Sudah dipetik pakatan terus belahkan;
Antara calon BN dan calon harapan,
Tok Matlah yang akan kita menangkan.
MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.