Kerajaan PH Kerajaan U-Turn, Janji Satu Juta Peluang Pekerjaan Jadi Mimpi Ngeri – Tok Mat

REMBAU, 11 April – Calon Barisan Nasional (BN), Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan u-turn berdasarkan senario dan langkah-langkah yang diambil kerajaan hari ini selepas hampir setahun menerajui negara.

“Kerajaan PH adalah kerajaan u-turn… u-turn sahaja. Mula-mula kata tidak mahu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kemudian panggil Bantuan Sara Hidup (BSH), tak mahu buat Suruhanja Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) panggil Agensi Penguatkuasaan Darat (APAD), tidak mahu buat AES… tidak tahu apa dipanggil sekarang macam-macam panggilanlah… saya pun tidak tahu. Yang dia tahu u-turn ikut kerajaan BN punya polisi. Kalau macam tu lebih baik kerajaan BN yang mentadbir negara.

If you don’t have any clue what’s so ever to manage and to run the country… thank you very much, get down… kita akan buat… BN buat kerja. You tidak tahu buat kerja… lepas tu sombong, you tau saya siapa… macam itu pun ada. Dia ingat dia bangus sangat… dia naik dulu rakyat yang naikkan dan rakyat juga akan turunkan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Mesra Bersama Calon BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Ekar, Rabu malam.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat seterusnya berkata janji satu juta peluang pekerjaan PH adalah mimpi ngeri bukan sahaja kepada golongan muda malah kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Cuba tengok kerajaan sekarang… mereka ambil sahaja kerajaan mereka berhentikan projek kerajaan dan semua pembangunan terhenti. MRT2 berhenti, HSR berhenti, ECRL diberhentikan… kalau mereka pandai mereka tidak berhentikan dan akan urus dengan baik… kalau kata terlampau mahal tak cukup duit janganlah buat daripada Port Klang ke Kota Bharu… kita buat apa duit yang ada. Mungkin kita boleh buat Gombak ke Kuantan dahulu… stage by stagelah.

“Kalau tidak tahu buat kerja cakap terang-terang… mereka berhentikan projek dan dalam masa yang sama kepercayaan sistem kewangan dan pelabur-pelabur hilang. Pelabur bawa keluar duit dan pelabur baru tidak datang kerana apa… kerana mereka cakap negara kita nak bankrap.

“Mereka pergi beritahu seluruh dunia… pergi Jepun, pergi China dan mana-mana kata negara nak bankrap, tetapi dalam masa yang sama jumpa pelabur… sapa yang nak datang melabur di negara yang nak bankrap. Apabila tidak buat projek orang akan hilang pekerjaan… syarikat-syarikat rugi dan kontraktor serta sub kontraktor tidak dapat bayaran. Ekonomi kita terjejas orang dibuang kerja ramai..mana janji satu juta peluang pekerjaan. Tidak ada dan semuanya mimpi ngeri kepada golongan muda dan mimpi ngeri kepada rakyat Malaysia,” tambahnya.

PRK DUN Rantau akan diadakan pada Sabtu ini menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkanTok Mat yang ditentang, calon PH Dr S. Streram dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.