Kegagalan Hatrik Kerajaan PH.. Usul Kerajaan Ditewaskan Muafakat Pembangkang Di Parlimen


KUALA LUMPUR, 10 April –  “Sejarah tercipta di Parlimen Malaysia pada jam 10.25 malam ini,” demikian menurut Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Jelas beliau usul kerajaan untuk meminda Perlembagaan Negara berjaya dipatahkan oleh Muafakat Pembangkang apabila usul meminda Perlembagaan oleh Perdana Menteri gagal mendapat 148 undi seperti yang diperlukan.

Ini kerana katanya gabungan parti-parti Sarawak, PAS dan BN telah ambil pendirian tidak mengundi/berkecuali.

“Penolakan ini adalah atas dasar pindaan perlembagaan yang cuba dibawa tidak menepati hasrat rakyat Sabah dan Sarawak yang mahukan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) dilaksanakan, tetapi sebaliknya kerajaan hanya cadang meminda Perkara 2(1), yang dianggap tidak memadai, bersifat ‘kosmetik’, dan membelakangi hasrat sebenar rakyat Sabah dan Sarawak”, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu sebelum undian secara belah bahagi, semasa menggulung perbahasan, jelas beliau pihak kerajaan telah menolak semua cadangan pihak pembangkang supaya pindaan perlembagaan dibuat secara lebih cermat, teratur dan menyeluruh denganELAH MENOLAK SEMUA CADANGAN PIHAK PEMBANGKANG SUPAYA PINDAAN  memasukkan segala aspek selari dengan MA63, yang antara lain;

1) Merujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Terpilih/Special Select Committee Parliament
2) Memperbincangkan terlebih dahulu di Dewan Negeri Sabah dan Sarawak
3) Memasukkan dengan jelas perkataan “BERDASARKAN SEMANGAT PERJANJIAN MSIA 1963”.

Namun katanya lagi kerajaan menolak ketiga-tiga cadangan Pembangkang menyebabkan pembangkang sepakat untuk BERKECUALI, dan menyebabkan usul kerajaan TERTEWAS.

“Sikap kerajaan yang enggan menunaikan janji dalam manifesto mereka secara total dalam isu MA63, telah mengakibatkan mereka ditewaskan pembangkang di Parlimen.

“Inilah ‘Kuasa Rakyat’ yang telah membuktikan semak dan imbang berjaya dilaksanakan dengan berkesan demi maruah dan suara rakyat”, ujarnya.

Tegas beliau lagi kerajaan tidak boleh dibiarkan berdolak-dalik dengan janji dan manifesto mereka.

Mutakhir ini tambahnya Kerajaan PH banyak mengabui mata rakyat dengan melancarkan perang persepsi, dengan cara mereka-reka alasan untuk meletakkan kegagalan mereka menunaikan janji dengan menyalahkan BN.

“Kali ini mereka terperangkap dengan taktik mereka sendiri.

“Selepas ICERD dan STATUT ROME, kegagalan meminda Perlembagaan secara kosmetik, adalah kegagalan ketiga PH apabila suara rakyat berjaya dipertahankan menerusi Muafakat Pembangkang”, katanya.

Jika di negara maju tegas beliau, peristiwa seperti ini sudah pasti membawa kepada Peletakan Jawatan atau Pembubaran Parlimen.

“Tetapi kita tahu Kerajaan PH akan cuba bertahan dengan menggunakan kuasa menindas, menekan dan memfitnah pihak yg tidak menyokong mereka.

“Namun kuasa rakyat dan.takdir Illahi ternyata lebih besar”, ujarnya. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.