Signal Kepada PH: Pengundi DUN Rantau Jadi Wakil Kepada Seluruh Rakyat – Sharkar

 

REMBAU, 8 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berharap pengundi di Rantau yang akan membuang undi pada Sabtu depan sempena Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan berkenaan dapat menjadi wakil kepada seluruh rakyat di negara ini dalam usaha menyatakan ketidakpuasan hati kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Menurut beliau pengundi di Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih telah menyuarakan hasrat serta isi hati mereka terhadap kerajaan baharu PH yang gagal mengotakan janji mereka.

“Pengundi Rantau merupaka wakil kita dan wakil kepada seluruh rakyat Malaysia yang dirasakan bahawa PH tidak menunaikan apa yang mereka janjikan… tidak mengotakan apa yang dijanjikan sebelum PRU-14. Kita mahu supaya pengundi di Rantau yang akan membawa referendum rakyat di kertas undi Sabtu nanti.

“Kita telah tunjukkan kekecewaan kita… dua PRK sebelum ini pengundi telah terjemahkan kekecewaan mereka…. Saya yakin Rantau juga akan menyambut perkara yang sama iaitu akan memastikan bahawa PH akan tewas dan Tok Mat akan mencapai kemenangan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, Ahad malam.

Terdahulu sebelum itu beliau sepentas berceramah bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Pusat Daerah Mengundi Kampung Bemban.

Sharkar seterusnya menambah menariknya kawasan DUN Rantau adalah ianya pelbagai dan jika BN menang momentum ‘is really real’  dan itu yang sangat membimbangkan PH.

“Orang Rantau boleh melihat sendiri bagaimana Tok Mat membangunkan Negeri Sembilan ini daripada tahun beliau mula-mula menjadi MB iaitu pada tahun 2004 sehingga 2018. Orang di sini boleh melihat ‘track record’ .

“Dari segi pembangunan keseluruhan untuk Negeri Sembilan, Tok Mat berjaya bawa pembangunan yang kita dapat lihat beberapa kawasan baru dibuka. Pelaburan baru dijemput datang dan sebagainya lagi.

“Ini semua adalah kejayaan dan sebenarnya apa yang diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar dan pimpinan PH bercakap soal pembangunan di Rantau ini… orang Rantau tidak akan percaya,” tambahnya lagi – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.