Saya Akan ‘Goreng’ Tuntut Janji PH Di DUN Jika Diberikan Kepercayaan Sabtu Ini – Tok Mat

REMBAU, 8 April – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan bertekad untuk ‘menggoreng’ kerajaan negeri sekiranya diberikan peluang oleh pengundi kawasan terbabit dalam usaha menuntut segala janji yang ditawarkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Menurut beliau, mereka (Pakatan Harapan – PH) mungkin ingat rakyat sudah lupa terhadap segala janji yang ditawarkan sebelum ini khususnya manifesto PH Negeri Sembilan yang menjanjikan macam-macam termasuklah soal penukaran status tanah.

“Nanti bulan empat kalau saya menang insya-Allah, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) saya akan tanya satu persatu. Saya kasi ‘goreng’ cukup-cukup. Mereka janji macam-macam. Mereka ingat orang boleh lupa apa yang mereka janji. No Way kita akan tuntut janji satu persatu untuk rakyat Negeri Sembilan.

“Betul saya akan tanya… mereka sudah janji… PH Negeri Sembilan janji jika menang PRU-14 akan tukar semua status tanah di Negeri Sembilan khususnya di Seremban daripada less hold kepada free hold. Saya nak tanya apa status sekarang?

“Kalau tidak buat tuan-puan sekalian, kita tekan mereka supaya semua tanah less hold dibagi free hold. Mereka sudah janji… itu sebabnya orang banyak undi mereka. Rakyat undi PH bukan syok atau suka PH tetapi no more PTPTN, no more GST, no more tol and everything… FELDA dan sebagainya. Itu sebab orang sokong.

“Setelah sepuluh bulan satu pun tidak buat, rakyat sudah marah… orang-orang muda pun dah marah. Itu sebab saluran orang muda bermula di Cameron Highlands khususnya di Semenyih saluran ini memberikan majoriti amat baik kepada BN. Tahniah orang muda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika Majlis Ramah Mesra di Pusat Daerah Mengundi Kg Linsum, di sini, Ahad petang.

Mohamad atau lebih dikenali Tok Mat seterusnya menggesa agar kerajaan negeri melaksanakan tanggungjawab dan peranan mereka sebaik mungkin.

“BN sudah kalah dan awak adalah government… buatlah kerja atau tidak tahu buat kerja. Kalau tidak tahu buat kerja sambunglah apa yang sudah buat. Saya buat cantik-cantik dahulu… saya buat dasar jaringan keselamatan. Tahun pertama saya jadi MB 2014 saya buat ‘social safety net’. Semua orang susah kita cari… cari orang susah dan kita bantu. 33 ribu lebih kita bagi dan Negeri Sembilan tidak bankrap pun.

“Tetapi hari ini tidak tahu apa yang mereka buat. Dasar perumahan kita mereka tidak teruskan. Hanya Negeri Sembilan yang mempunyai dasar perumahan sendiri iaitu tidak ada lagi rumah low cost dan kita buat rumah mampu milik. Di Negeri Sembilan saya tidak nampak apa-apa yang mereka hendak buat. Perancangan saya 30 tahun pembangunan Negeri Sembilan… tetapi mereka tidak buat..

“Tetapi saya hairanlah ada orang cakap Mohamad Hasan jadi MB tidak buat satu pun… tidak ada apa… awak duduk gua mana boleh cakap sedemikian rupa. Kita buat penamaan calon hari itu di Sendayan… boleh tengok Sendayan yang dulunya hutan dah jadi Damansara Negeri Smebilan. Ada International School, ada pengkalan udara, ada macam-macam. Itu Sendayan sahaja bukan seluruh Negeri Sembilan,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.