Statute Rom: Alhamdulillah Tarik Balik Dan Jadikan Pengajaran Dalam Laksanakan Keputusan


REMBAU, 6 April – Ketua Pergerakan Wanita UMNO merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad melahirkan rasa syukur berhubung langkah kabinet menarik balik daripada menyertai Statute Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menurut beliau walaupun langkah berkenaan boleh dianggap sebagai langkah ‘U-turn’, ianya sekaligus memperlihatkan peranan pembangkang yang efektif dalam memantau segala pelaksanaan oleh kerajaan hari ini.

“Alhamdulillah kabinet telah buat keputusan menarik diri daripada Statute Rom. Kita sebelum ini bertanyakan kenapa mereka membuat keputusan sendiri tanpa membawa isu ini dan menceritakan kebenaran apa risikonya kepada negara, Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya lagi yang tidak dijelaskan di dalam Majlis Raja-raja.

“Maksudnya ada prosedur tetapi tidak dibuat oleh kerajaan. Dulu BN… kita ambil kira segala risiko… jelas kita hari ini pembangkang efektif yang memantau dan mendesak serta mengimbangi apa yang kerajaan buat,” katanya kepada UMNO-Online, di sini hari ini.

Tedahulu sebelum itu beliau mengadakan ‘walkabout’ dan ziarah kasih di Sendayan dalam usaha membantu kempen calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, PIlihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Beliau seterusnya berkata apa yang berlaku itu adalah satu pengajaran kepada kerajaan hari ini agar teliti dalam membuat sebarang keputusan.

“Pengajaran kepada mereka juga jangan  suka-suka buat keputusan… ada Majlis Raja-raja… Yang di-Pertuan Agong. Beliau adalah ketua negara dan maklumkan apa sebenarnya yang ditandatangani. Kenapa dan bagi sebab… alih-alih dah tandatangan. Apabila dah tandatangan kita pun terkejut… apabila diasak barulah u-turn,” tambahnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah dimeterai negara. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.