Hibah Terendah Tabung Haji : Apa Jua Alasan, Rakyat Mampu Menilai Tahap Kerajaan PH Tadbir Negara


KUALA LUMPUR, 6 April –  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya apa jua alasan yang diberikan oleh Kerajaan PH berhubung agihan hibah Tabung Haji terendah dalam sejarah tidak akan memesong fikiran rakyat untuk menilai tahap keupayaan mereka dalam mentadbir negara.

Jelasnya pengumuman agihan hibah Lembaga Urusan Tabung Haji oleh Kerajaan PH bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus adalah sesuatu yang mengejutkan dan sudah pasti ia amat mengecewakan buat semua 9.3 juta pendeposit.

“Bagi saya ia adalah kadar yang terlalu rendah berbanding tahun 2017, iaitu 6.25 peratus.

“Apakah skrip dan alasan yang akan diguna pakai untuk mengalih kemarahan pendeposit terhadap pengumuman ini ?”, katanya dalam catatan facebooknya di sini.

Hakikatnya jelas beliau selama ini di bawah Kerajaan BN berjaya mengurus dengan baik dan mampu memberikan pulangan yang sangat tinggi kepada semua pendeposit.

“Walaupun sudah tertangguh agak lama, akhirnya pada hari ini 5 hb Mac 2019 barulah mereka boleh membuat pengumuman berkenaan hibah Tabung Haji yang pastinya meleburkan HARAPAN ramai pendeposit”, ujarnya. –MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.