Tukar Logo…Tukar Nama…Itulah Gambaran Kerajaan PH Hari Ini

REMBAU, 5 Aprill – Tukar logo… tukar borang… tukar nama… itulah kerajaan yang ditunjangi Pakatan Harapan (PH) setelah berjaya mengambil alih kepimpinan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, demikian lontaran Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut beliau sepertimana yang diperkatakan dan diketahui umum setelah diberikan kepercayaan, rakyat tentunya mengharapkan segala janji sebelum ini dilaksanakan, namun selepas 10 bulan segala-galanya makin terdedah.

“Hari ini rakyat menderita… kos sara hidup tinggi dan pelbagai lagi masalah. Oleh kerana itu kita mesti hantar isyarat jelas bahawa rakyat kecewa dengan PH.

“Selepas kalahnya BN pada PRU lalu rakyat tentunya mengharapkan janji dan buah tangan… kalau saya nak gariskan satu persatu cukup banyak… cukup malang apabila mereka (PH) mengambil alih sampai ke saat ini tidak ada jelas polisi dan pendekatan baharu untuk rakyat.

“Yang ada hanyalah laksanakan polisi yang dibuat oleh BN dahulu… dulu kata tidak betul… dulu dikritik… maknanya apa semua itu… maknanya apa yang BN lakukan dulu sudah terbaik untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Umum PRK Rantau di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Lingsum di sini, Khamis malam.

Selain beliau, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut sepentas pada program tersebut.

Shamsul Anuar seterusnya menegaskan selain itu, perkara baharu yang dapat dilihat kerajaan baharu hari ini adalah jumlah penerima BR1M yang kini bertukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) berkurangan.

“Tidak ada idea yang lebih baik daripada kerajaan sebelum ini. kerajaan hari ini tidak mampu untuk lakukan yang terbaik daripada kerajaan dahulu… tukar kulit sahaja….

“Itu belum lagi pelbagai kenyataan yang bercanggah antara satu dengan yang lain… tadi kata pula hutang negara dah turun pulak… Guan Eng kata lain… Tun Dr Mahathir pula kata lain… cacamerba… bagaimana mahu wujudkan keyakinan pelabur kerana kredibiliti kerajaan dan pemimpin itu sendiri.”

Tambahhya lagi kerajaan hari ini mesti kembalikan hak rakyat kepada kedudukan yang sebenarnya.

“Kita berikan ‘signal’ jelas di sini… rakyat kecewa dan marah serta menderita dan semua ini perlu diterjemahkan dengan undi Tok Mat… kalau majoriti besar kemenangan Tok Mat insya-Allah… jelas ianya satu referendum yang kuat kepada kerajaan PH hari ini,” ujarnya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.