Rakyat Tidak Mudah Termakan Mainan Perang Saraf Oleh Sesetengah Pihak- Annuar Musa

 

REMBAU, 5 April – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa percaya rakyat tidak mudah dipermainkan dengan perang saraf yang cuba dilakukan oleh sesetengah pihak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau 13 April ini.

“Tadi pun ada dakwaan pengundi ditawarkan RM50. Kami adalah parti yang akaun dibekukan… segala wang telah dirampas… kami adalah parti yang mereka tahu berlawan dengan kerajaan dalam keadaan tangan, kaki dan mulut diikat.

“Kita nak bergerak semua mereka tekan dengan segala bentuk tekanan dan peraturan tetapi cuba tengok malam ini di Rantau… saya baru dapat gambar bagaimana jamuan diadakan secara terbuka… bagaimana mereka menggunakan ‘facilities’ TV3 untuk buat siaran langsung dan pelbagai lagi. Rakyat tidak bodoh dan rakyat akan tengok semua perkara ini,” katanya pada sidang media di sini, Khamis malam.

Terdahulu sebelum itu, beliau sepentas bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah pada program Ceramah Umum di PDM Linsum.

Beliau seterusnya menambah parti itu akan terus bergerak dengan mematuhi segala peraturan pilihan raya yang ada walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan.

“Kita akan teruskan dengan segala gerak kerja kita dengan mematuhi semua peraturan pilihan raya yang ada walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan dan kelebihan kami adalah kami bersama dengan rakyat dan rakyat bersama dengan kami,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.