Ahli Parlimen PH Ditempelak, Tuduh UMNO-PAS Main Isu Agama Dan Perkauman… Cerminlah Parti Sendiri


JOHOR BAHRU, 4 April – Ahli Parlimen Johor Bahru yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ditempelak ekoran menyifatkan kerjasama UMNO-PAS akan mewujudkan beberapa masalah apabila kedua-dua parti didakwa sering memainkan isu agama dan perkauman terhadap Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah menyangkal ‘tindakan kurang berakal’ Akmal Nasrullah dan menasihati agar mencermin parti gabungan beliau terlebih dahulu.

“Saya cuma nak kongsikan beberapa menteri-menteri mereka yang memainkan isu tidak sepatutnya. Pertama, Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Perpaduan, YB Waytha Moorthy melalui Pertubuhan radikal Hindraf dianggap yang memburuk-burukkan Malaysia di negara luar dengan menyebarkan kenyataan palsu berbaur fitnah dalam satu seminar dengan Ahli-Ahli Parlimen Belanda di Eropah pada 2011. Beliau telah memecahbelahkan perpaduan rakyat di negara ini.

“Kedua, pengiktirafan kelulusan UEC sedang giat diperluaskan dalam sektor awam. Teo Nie Ching mengatakan bahawa lulusan UEC yang ingin menduduki peperiksaan CLP perlu lulus dengan kepujian dalam lima subjek wajib termasuk bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ianya sekali gus memercikkan sentimen perkauman dalam negara.

“Ketiga, Nga Kor Ming, Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Teluk Intan menggelarkan kerjasama UMNO-PAS sebagai Taliban. Seorang wakil rakyat dan speaker Dewan sanggup mengeluarkan perkataan yang sebegitu yang dianggap rasis dan bencikan Islam dan Melayu,” katanya dalam kenyataan media.

Dilaporkan, Akmal Nasrullah menerusi siri Wacana Sinar Hari ke 99 bertajuk ‘PAS-UMNO Bergabung, Apa Kesan Demografi Politik’, Selasa lalu turut menyatakan bahawa gabungan ini akan menimbulkan masalah lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya selain menyatakan PH lebih berminat memperkenalkan skim-skim membantu rakyat daripada hanya memainkan isu-isu perkauman dan agama.

“Buat YB Ahli Parlimen Johor Bahru, saya juga ingin menasihatkan agar kerap-keraplah turun ke bawah. Ramai yang mengadu kehilangan YB Parlimen JB di kawasan. Mandat telah diberikan, apa lagi nak tunggu… atau masih menunggu arahan mentornya?” katanya yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru.

Tegasnya, Akmal perlu lagi belajar untuk cari identiti dan tidak mengikut gelagat buruk seniornya. Cuba jadi diri sendiri dan lebih berakhlak.

“Pergerakan Pemuda Johor Bahru hanya ingin menasihatkan sedikit sahaja kepada YB, Bukankah kita telah diajar berakhlak dan beradab sejak kecil lagi. Malu anak-anak kita lihat apabil seorang Yang Berhormat memfitnah bangsa mereka sendiri. Berubahlah sebelum kamu diubahkan!” – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.