Abaikan Tiga Lagi Calon, Pilih Tok Mat Calon Nombor Satu Untuk DUN Rantau – Sallehen

Rembau, 4 April – Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi mengingatkan pengundi pada Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau agar membuat pilihan yang tepat dengan memilih calon nombor satu, iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat pada 13 April nanti.

Bercakap pada Majlis Mesra Bersama Calon BN, Tok Mat di Kampung Sendayan Selasa malam, beliau turut menghadiahkan seloka kepada mereka yang hadir agar membuat pilihan yang betul pada hari pengundian nanti.

Kelapa dibawa di dalam kereta;
13 April jangan lupa,
Undi Tok Mat calon pilihan kita.

Sallehin seterusnya mengingatkan soal memilih pemimpin bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main.

“Pimpinan bukan perkara yang main-main. Betul dalam memilih pemimpin akan betullah negara yang dibina dan ditegakkan. Silap dalam memilih pemimpin, silaplah negara yang akan dibina.

“Rantau bukan persoalan Rantau… Rantau hari ini disorot satu dunia… Rantau akan jadi pemula kepada perubahan landskap politik dalam negara. Rantau akan memberikan satu signal…seluruh pengundi tidak kira Melayu, Cina, India dan sebagainya lagi  selama ini kita dibentuk dalam satu keharmonian..

“Pengundi Rantau mesti membuat satu kerja yang jelas pada 13 April ini. Pilihan kita tidak lain iaitu Tok Mat… pandang sahaja calon nombor satu… tidak payah tengok tiga yang bawah. Tengok nombor satu dan undi Tok Mat. Tidak perlu rosakkan mata kita untuk lihat ke bawah. Mudah-mudahan kami daripada Selangor terus bekerja dan mendoakan Tok Mat akan menang pada 13 April ini insya-Allah,” tambahnya.

Sekali lagi Sallehin menyelitkan pantun untuk tatapan umum:

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu;
Perpaduan ini perpaduan yang tepat,
Jangan ada yang ragu-ragu. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.