Jamil Khir Gamatkan Suasana Majlis Bersama Tok Mat, Ajak Rakyat Tolak PH


REMBAU, 3 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggamatkan suasana pada Majlis Bersama ‘Tok Mat’  di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Bembam apabila menceritakan kisahnya bersembang dengan rakan-rakan berhubung kerajaan yang ada hari ini.

Menurut beliau apa yang disampaikan oleh rakan-rakannya itu seolah-olah kena dan bersesuaian dengan realiti semasa dan perkara berkenaan memberi gambaran rakyat cukup bijak dalam membuat penilaian sebenarnya.

“Apabila nak pergi ke pilihan raya kecil kadang-kadang terjumpalah dengan kawan… mereka mengatakan Datuk… saya ni TV1 tak tengok, TV3 tak tengok… Maharaja Lawak pun tak tengok… MR Bean pun tak tengok… saya tanya balik kenapa sampai macam tu sekali marah kat TV pasai apa.

“Saya katakan yang berhenti kat TV3 semalam tu kru berita TV… sebelum daripada tu dah ramai yang berhenti dan akan datang ramai lagi. Jadi ini memang keadaan di zaman kerajaan baru. Dulu janji peluang 1 juta peluang pekerjaan.

“Kawan saya sebutkan bukan itu Datuk… saya tidak tengok bukan sebab itu. Tengok menteri-menteri yang ada hari ini pun tak larat nak gelak dah… tengok daripada mereka bercakap pening kami yang berada di bawah hari ini,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh mereka yang memenuhi kawasan sekitar majlis berkenaan.

Jamil Khir seterusnya berkata itulah yang berlaku sekarang yang mana berbeza dengan BN sebelum ini kerana sentiasa memikirkan yang terbaik dan bukannya bercakap sebarangan.

“Kita sebelum ini fikirkan macam-macam… jadi kita nak bercakap ini kena fikir habis… sebagai kerajaan mereka kena fikirkan realiti untuk rakyat yang berada di depan. Dalam tempoh selepas PRU lalu rakyat dapat lihat satu persatu daripada janji 100 hari sehinggalah yang dijanjikan dalam buku manifesto tebal PH.

“Jadi marilah kita bersama bersatu hati pada PRK DUN Rantau ini… dengan tempoh yang berbaki beberapa hari ini kita turun dengan penuh usaha dan daya kita ajak seramai mungkin pengundi.

“Kita nak sampaikan satu lagi isyarat selepas Cameron Highlands dan Semenyih kepada Putrajaya bahawa rakyat pada hari ini bersama-sama kembali untuk mendokong cita-cita rakyat dalam memberikan kemenangan BN. Mudah-mudahan Allah swt memberkati dan memberikan kekuatan kepada kita, insya-Allah,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.