PH ‘Blame Game’, Tak Habis-habis Salahkan Kerajaan Lama – Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 2 April – Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada kaedah baharu yang dilakukan oleh Menteri Kewangan dalam pembentangan belanjawan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan menerusi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memohon perbelanjaan tambahan kira-kira RM19.6 bilion bagi perbelanjaan pengurusan dan pembangunan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam ucapannya, Guan Eng turut menjelaskan beberapa sebab mengapa perbelanjaan tambahan itu perlu dilakukan termasuk disebabkan tindakan kerajaan terdahulu berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Zahid menegaskan walaupun sudah hampir satu tahun memerintah tiada cara lain kerajaan hari ini selain tetap mahu menyalahkan kerajaan lama.

“Lakukan dengan terbaik dan lebih baik, kononnya kerajaan dahulu banyak melakukan kesilapan jadi janganlah nak meletakkan beban pada kerajaan lama walaupun sudah hampir satu tahun memerintah.”

“Rakyat sekarang ini menunggu-nunggu perubahan yang mahu dilakukan oleh kerajaan PH dengan melihat kepada prestasi yang dilakukan menteri-menteri dalam kementerian mereka,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Ahmad Zahid menjelaskan, risiko akan berlaku apabila pengambilan kerajaan lama oleh kerajaan hari ini… mestilah berdasarkan situasi semasa dan diharapkan penyambungan akan dapat dibuat demi manfaat kepada rakyat tetapi jangan lakukan ‘blame game’.

“Sebenarnya Tun Daim Zainuddin (Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan –CEP) mengetahui setiap prestasi menteri dan kementerian kerana beliau telah lama berkhidmat dan juga beliau boleh buat perbandingan,” jelasnya.

Katanya lagi, bukan Tun Daim sahaja yang melihat prestasi menteri-menteri dan ahli kabinetnya tetapi rakyat juga berhak melihat perestasi mereka keseluruhannya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.