Kes Rasuah Terbaru Setiausaha Politik Menteri PH… Harap Jangan Jadi Macam Kes Lain

KUALA LUMPUR, 2 April – Kes terbaru siasatan rasuah setiausaha politik (setpol) menteri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub yang masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengamal undang-undang, Adnan Seman mengharapkan agar siasatan dilakukan secara telus tanpa campur tangan pemimpin-pemimpin PH.

“Saya mengharapkan kita jangan membuat sebarang hukuman kerana kes ni masih dalam siasatan pihak SPRM dan kita tunggu laporan atau keputusan siasatan sepenuhnya… seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga didapati bersalah,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya.

Berdasarkan laporan media, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek di bawah kelolaan sebuah kementerian. (http://www.astroawani.com/…/sprm-tahan-setiausaha-politik-t…)

“Kita masih tertunggu-tunggu siasatan kes pegawai YB Datuk Azis Jamman, timbalan menteri PH yg dirakam cctv sedang merakam bawah skrit wanita… Apa yang telah berlaku kepada siasatan kes tersebut sedangkan cctv yg merakamkan kelakuan jenayah pegawai timb menteri tersebut telah tular di media sosial? (http://www.kosmo.com.my/…/bekas-pegawai-timbalan-menteri-ra…)

“Sebelum itu kita membaca laporan berita berkaitan penahanan setpol Menteri PH yg telah bankrup namun hutangnya diselesaikan oleh pihak tertentu bagi membolehkan dia dilantik sbgi setiausaha politik kpd YB Mohamad Sabu. (http://www.astroawani.com/…/pegawai-mat-sabu-disiasat-sprm-…)”

Malah katanya, Rafizi Ramli yang juga pemimpin PH turut mengeluarkan kenyataan dan dokumen membuktikan RM800 ribu dibayar oleh pihak ketiga yang berkepentingan pada 30.5.2018 dan 31.3.2018 iaitu beberapa minggu selepas kerajaan pusat bertukar dari BN kpd PH (http://m.utusan.com.my/…/rafizi-ada-dokumen-bayaran-meraguk…)

“Kita terkejut apabila setpol tersebut dibenarkan mengangkat sumpah dan setiausaha agung Amanah, Mohd Anuar Tahir menyatakan kepada media:
‘Sekarang perdana menteri sendiri sudah luluskan dan beliau telah angkat sumpah sebagai setiausaha politik. Isu ini dah sudah selesai, katanya kepada pemberita dalam sidang media di Wisma Amanah (https://www.freemalaysiatoday.com/…/kes-pegawai-mat-sabu-s…/)’”

Tegasnya, kita juga masih menunggu perkembangan kes anak YB Mohamad Sabu, Menteri PH yang ditahan di sebuah pusat hiburan dan dilaporkan positif ganja (http://www.astroawani.com/…/anak-mat-sabu-ditahan-positif-g…)

Dalam hal ini beliau memetik kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan selepas pihak polis menerima laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur.

“Kertas siasatan sudah diserahkan dan kita menunggu arahan daripada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya. (http://www.kosmo.com.my/…/anak-mat-sabu-positif-dadah-polis…)

“Selain itu kita juga berharap agar tiada lagi pengguguran kes oleh Jabatan Peguam Negara seperti kes Lim Guan Eng walaupun siasatan telah lengkap dilakukan pihak SPRM, pendakwaan dibuat dan perbicaraan kes rasuah melibatkannya telahpun berjalan.. ianya bukan sahaja mengejutkan pihak SPRM malah rakyat malaysia majoritinya…”

Berikut antara yang turut digugurkan pendakwaan atau rayuan adalah:

1. Siti Kassim yang Peguam Negara batalkan arahan pendakwaan ke atasnya kerana menunjukkan isyarat lucah di khalayak umum.

2. Fahmi Reza yang mana pihak Pendakwa Raya menarik balik rayuan kes memuatnaik karikatur menghina bekas PM DSN.

3. N. Surendran bekas ahli parlimen Parlimen Serai digugurkan pendakwaan kerana menerbitkan artikel menghasut berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes liwat kedua DSAI.

4. Zulkiflee SM Anwar Ulhaque (Zunar), kartunis politikal PH digugurkan dari sembilan pertuduhan menghasut kerana didakwa menghina Mahkamah badan kehakiman menerusi Twitternya berikutan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap DSAI.

5. YB R Sivarasa, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar digugurkan pendakwaan ats pertuduhan memuat naik muka hadapan palsu majalah Time membabitkan bekas PM DSN, di laman Facebooknya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.