Kesepakatan Dalam PH Tidak Wujud, Dendam Kesumat Dan Politik Penafian Jadi Amalan

KUALA LUMPUR , 29 Mac – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Afriz Mohd Noor menegaskan bahawa tidak wujud sama sekali kesepakatan dalam Pakatan Harapan (PH) sebagaimana yang diwar-warkan selama ini berdasarkan pelbagai isu termasuklah perseteruan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Katanya, konflik ini sejak dari dulu lagi dengan semua mengetahui bahawa Tun Mahathir bukanlah seorang pemimpin yang boleh dipercayai untuk membawa perubahan Malaysia waima dalam lanskap politik.

“Dendam kesumat dan politik penafian yang diamalkan oleh sebahagian besar pimpinan dalam PH adalah punca tercetusnya konflik antara Nurul Izzah dan Tun Mahathir,” katanya kepada UMNO-Online.

Katanya, apa yang lebih membimbangkan adalah kelemahan kerajaan PH dalam mendepani dan melaksanakan isu-isu khususnya hal yang melibatkan rakyat.

“Sama ada konflik antara Nurul Izzah dengan Tun Mahathir ini satu sandiwara atau pun tidak ianya tidak menjadi persoalan kerana ‘masakan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin.”

Afriz berkata semua pihak tahu sejarah tersendiri antara Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim mengenai tuduhan liwat yang berlaku pada tahun 1998 semasa era Tun Mahathir memegang tampuk kekuasaan.

“Ketegasan Nurul Izzah mempertahankan kenyataannya sudah cukup jelas memberikan isyarat betapa pentadbiran kerajaan di bawah Tun Mahathir yang telah berlalu dan mahupun sedang berlaku disifatkan sebagai diktator.

“Nurul Izzah mengetahui dan menyedari tentang perkara ini dan soalnya sejauh mana kesedaran rakyat ? Diktator ? Kini segala-galanya terjawab Tun Mahathir lebih banyak berpolitik daripada mengurus tadbir Negara,” tegasnya lagi yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.