Kerajaan PH Tidak Boleh Diharap… Tidak Tunai Janji Malah Tidak Nampak Dasar Yang Jelas – Tajudin


RANTAU, 29 Mac – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh diharapkan lagi setelah gagal menunaikan janjinya sebelum ini apatah lagi untuk membawa perubahan kepada rakyat.

Bagi beliau Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau cukup penting walaupun ia hanya sekadar PRK dan Pilihan Raya Umum (PRU) telah berlalu.

“Kita dapat lihat mereka tidak tunaikan janji apatah lagi untuk bawa perubahan kepada rakyat.

“Macam-macam janji yang dibuat kepada rakyat… SST menggantikan cukai GST tidak menurunkan harga barang. Kaum Ibu pergi pasar beli barang bagaimana… 10 bulan tidak ada apa… janji 100 hari tidak ada… sambung lagi dua tiga bulan… ada yang kata bagi masa… kerajaan PH tidak mampu bawa ekonomi yang baik untuk rakyat,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya menegaskan perjuangan BN adalah untuk kepentingan semua kaum di negara ini.

“60 tahun apa BN buat… apa tolong… soalan ini sesetengahnya dibangkitkan termasuklah di Parlimen. Kalau dasar kerajaan BN tidak betul bagaimanakah semua kaum berjaya? Kita berjuang untuk semua kaum. Hari ini intelek yang lahir seperti jurutera, doktor dan sebagainya semua kaum ada… itulah yang kita sama-sama perjuangkan.

“Soal pendidikan… daripada sekolah hinggalah wujudnya kepada penubuhan 22 universiti awam… itu awam… lain ada lagi… ini untuk anak-anak kita belajar.

“Sejak merdeka perjuangan UMNO dan BN melahirkan ramai cerdik pandai… bukankah ini yang dibawa oleh BN. Yang mereka bangkitkan seolah-olah tidak nampak depan mata. Kita patut bersyukur dan itulah perjuangan kita selama ini,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.