Dr Mujahid Banyak Berpolitik, Harus Peka Sensitiviti Umat Islam Dalam Isu Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Lantikan ProKhas Sdn Bhd dalam menguruskan syarikat bertujuan khas (SPV) mencerminkan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang sambil lewa dan lebih banyak berpolitik, kata Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dilaporkan, CEO ProKhas adalah Chen Yin Heng yang akan mentadbir aset Tabung Haji bernilai RM19.9 billion.

“Tidak adakah tokoh kewangan islam yang layak ketuai SPV ini di mata Dr Mujahid atau Dr Mujahid minta nasihat dari Menteri Kewangan?” soalnya dalam Facebook miliknya.

Menurutnya lagi, Seksyen 6(2) dan 11(3) Akta Tabung Haji 1995 amat jelas untuk memastikan ianya dikendalikan oleh orang Islam.

“Bila seorang bukan Islam dilantik untuk menjadi CEO SPV yang mengendalikan harta Tabung Haji, saya kira ianya mengkhianati hasrat Akta Tabung Haji 1995.

“Saya pernah menjadi Menteri Agama dan bertanggungjawab ke atas Tabung Haji. Saya harap Dr Mujahid jangan lupa amanah kepada 9.3 juta pendeposit Tabung Haji dan tujuan utama Tabung Haji adalah menguruskan Ibadah Haji Rukun Islam ke-5,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.