Ahli Parlimen PH Sengaja Elak Bahas Isu Sensitif Sebab Enggan Serlah Kegagalan

 

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, anggota Parlimen kerajaan sengaja mengelak menjawab isu-isu sensitif yang dibangkitkan blok pembangkang di Dewan Rakyat kerana enggan menyerlahkan kegagalan kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, bukan sahaja isu terowong dan Tabung Haji tidak dijawab, tetapi kos sara hidup yang tidak dapat dikawal dengan baik selain hutang negara yang semakin meningkat menyebabkan PH meletakkan segala kesalahan kepada kerajaan terdahulu dengan menuduh Barisan Nasional (BN) penyebab kerajaan berhutang sebanyak RM1 trilion.

“Apabilla PH mengambil alih tampuk kepimpinanan negara, mereka menuduh BN meninggalkan hutang sebanyak RM1 trilion tetapi sebenarnya hanya RM686 bilion sahaja.

“Kenapa kerajaan hari ini tidak menjawab hutang yang semakin bertambah sebanyak RM87 bilion dari RM686 bilion kepada RM773 bilion? Ini perkara cukup penting yang mesti dijawab,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Bekas Timbalan Menteri Perdaganagan dan Antarabangsa (MITI) itu juga berkata, kerajaan hari ini ‘kekosongan duit’ disebabkan pemansuhan Goods and Service Tax (GST) dan kehilangan duit cukai Sales Service Tax (SST) akibat penipuan yang mereka cipta sendiri.

“Saya harap rakyat sedar tentang perkara ini bahawa kerajaan mengumumkan kononnya hutang RM1 trilion disebabkan BN adalah tidak benar dan semuanya adalah alasan semata-mata.

“Selama ini mereka menuduh kerajaan BN adalah suatu propaganda dan sandiwara supaya rakyat membenci BN,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.