Kenapa Kereta Terbang… Patutnya Menteri Tumpu Pada Pembangunan Usahawan Anak Muda

 

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mempertikai kenyataan dari Menteri Pembangunan dan Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof mengenai usaha kerajaan dalam reka bentuk kereta terbang yang pertama di Malaysia.

Jelasnya, pengumuman mengenai kereta terbang ini bukannya melibatkan bidang kuasa beliau, tetapi ia adalah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa (MITI).

“Jika menyebut tentang aero angkasa ini bukan bidang kuasa beliau, sepatutnya menteri MITI yang memjelaskannya.

“Apabila kita hendak membangunkan sesuatu teknologi, harus ada pelaburan yang besar dan kena tahu bekerjasama dengan pihak mana?” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau kesal dengan Ahli Parlimen Alor Gajah itu yang sepatutnya memberi tumpuan kepada kumpulan usahawan dan anak-anak muda yang ingin menceburi bidang usahawan bukannya bertumpu untuk membuat kereta terbang.

“Habislah pembangunan usahawan jika dapat menteri macam ini, dia bukannya Menteri Sains dan Teknologi .

“Sekarang menteri ini tengah putar belit… habis diputar belitnya”, ujarnya lagi

Dilaporkan, sebuah syarikat tempatan, Aerodyne Sdn. Bhd menjadi tumpuan pengunjung di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) yang mempamerkan model skala kecil kereta terbang. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.