BN Fikir Untuk Rakyat Mencakupi Pelbagai Aspek – Shamsul


RANTAU, 26 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau cukup penting untuk memastikan penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan terus membawa suara rakyat khususnya di DUN Rantau itu sendiri.

Menurut beliau, setelah BN menang di Cameron Highlands dan merampas kembali kerusi DUN Semenyih sebelum ini dengan majoriti berganda dan besar, insya-Allah kemenangan sekali lagi di DUN Rantau cukup penting untuk menunjukkan rakyat menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini.

“Kerajaan merepek dengan pelbagai perkara hari ini. Kita dulu 14 parti menerusi BN mewariskan cukup baik sekali. Ekonominya baik… kebajikan rakyat terbela… infrastruktur terbaik… bukan cakap bohong… buktinya ada… World Bank kata ekonomi kita baik… IMF kata baik… semua badan penarafan antarabangsa kata ekonomi kita baik.

“Malah boleh jadi 20 negara terbaik di dalam kelompok dunia. Pembangunan infrastruktur bertaraf dunia. Kita berkongsi kuasa sekian lama dan berjaya membangunkan negara.

“Kebajikan pula… Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum lain dapat manfaatnya. Malah golongan pekebun kecil, nelayan dan sebagainya lagi semuanya mendapat nikmat. Malang kerana fitnah serta cerita bohong dan cerita palsu maka BN kalah. Janji PTPN… minyak turun RM1.50… semua bohong…. Apa jadi kepada petani, nelayan, kakitangan awam, pesara tentera dan pelbagai lagi semuanya berubah dalam sekelip mata. Kos sara hidup hari ini yang tinggi apa jalan penyelesaiannya…?” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Bersama Pemimpin di Pusat Daerah Mengundi Bandar Ekar, di sini malam tadi.

Turut serta Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong seterusnya berkata kerajaan BN sebelum ini bukan sahaja memikirkan masa depan rakyat malah mencakupi pelbagai aspek.

Sebagai contoh katanya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) mampu memberikan pinjaman kepada pelajar yang menyambung pengajian ke luar negara jika BN masih lagi memerintah.

“Sebelum ini kita fikir untuk tingkatkan balik kutipan… untuk kepentingan pelajar yang seterusnya…namun kerajaan hari ini nak popular sahaja… sebab itu sampai sekarang tidak boleh buat kutipan balik pada tangga gaji RM4,000 sepertimana yang ditawarkan sebelum ini.

“Banyak lagi contoh lain…dan kita percaya itulah kita kena bagi isyarat Tok Mat perlu menang dengan cukup besar untuk kita tunjukkan kepada kerajaan yang ada hari ini,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.