Akibat Terpesona Dengan Janji, Perubahan Hanya Tinggal Harapan – Annuar Musa


RANTAU, 26 Mac – Nikmat yang dikecapi rakyat selama ini dilihat seolah-olah hilang dalam sekelip mata setelah terpesona dengan pelbagai perkara dan janji yang cukup baik untik ditolak sehingga membuka selera untuk melakukan perubahan.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata namun perubahan yang diharapkan hanya tinggal harapan setelah janji berkenaan bukan sahaja tidak tertunai malah menjadi sebaliknya sehinggalah Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highland rakyat mula bangkit dan mengundi Barisan Nasional (BN).

“13 kali Barisan Nasional (BN) menang (Pilihan Raya Umum – PRU)… teringin nak tukar selera… asyik barisan… barisan… barisan… tukar selera la sekali mana tau tol dapat free… dijanjikan hutang PTPTN akan dihapuskan… apa lagi janjinya… harga minyak RM1.50… siapa tidak mahu minyak murah… macam-macam janji… last-last yang biasa pangkah dacing pun pusing pangkah orang lain… akhirnya jatuh kerajaan BN dan naik kerajaan baru.

“Semua menaruh harapan yang tinggi. Macam yang saya kata tadi nikmat yang ada dalam tangan hilang ibarat ‘terdengar guruh dilangit air tempayan dicurahkan’.

“Salah rakyat ke… tidak… sebab apa janjinya terlalu baik untuk ditolak. Barang jadi murah… BN dijaja barang naik… pangkah Pakatan Harapan (PH) dengan mudah-mudahan harga barang turun… lepas pilihan raya tunggulah semua… namun masuk tol kena bayar, hutang PPTN bukan sahaja tidak hapus malah diwajibkan pula bayar. Tunggu minyak nak turun minyak angin pun tak turun usahkan minyak petrol.

“Maka barulah tersedar… PRK Sungai Kandis… Sri Setia… Balakong tidak sedar lagi… lama-lama datang PRK Parlimen Cameron Highland… akhirnya peneroka yang dijanjikan dengan penghapusan hutang tengok hutang tidak dihapuskan, bahkan harga sawit merundum jatuh akhirnya PRK kawasan berkenaan usahkan peneroka, Tok Batin pun lawan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Ekar, di sini, Isnin malam.

Beliau seterusnya berkata Kerajaan PH belum berjaya memecahkan rekod BN.

“Berikan satu perkara atau satu kebaikan yang kerajaan PH sudah berjaya memecahkan rekod BN. Yang kita dengar hari-hari mereka bergaduh sesama mereka… yang last kita dengar orang yang paling keras hati… orang yang paling berani berjuang sekian lama sehinggalah menjadi wakil rakyat dua tiga penggal yang dipanggil Puteri Reformasi akhirnya bersuara dalam interview di Singapura… apa yang Nurul Izzah kata… tidak perlu saya sebutkan kerana umumnya sudah tahu.

“Sepatutnya hari ini lebih baik… adakah minyak sudah murah… tanya peniaga apakah pendapatan sudah meningkat… tanya suri rumah harga barang apakah sudah murah… kos sara hidup bagaimana hari ini… ke arah mana kita nak bawa negara hari ini,” tambahnya.

Annuar turut membuat analogi cukup menarik soal nikmat yang ada pada tubuh manusia yang perlu disyukuri sebaik mungkin.

“Kesihatan adalah nikmat…apabila dah sakit baru tahu kenikmatan kesihatan.

“Kening mata adalah nikmat dan ianya paling dekat dengan mata… tidak perasan pun kening adalah satu nikmat… cuba kita cukur buang kening dan bangun pagi esok kita jogging… apa jadi peluh daripada kepala terus turun ke mata setelah ketiadaan kening. Itulah nikmat yang kita sama-sama perlu syukuri dan macam itu jugalah dalam kehidupan kita…,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.