Bersama Ahmad Maslan Di FB Live ‘Dari Parlimen’ Malam Ini


KUALA LUMPUR, 25 Mac – Malam ini, Penerangan UMNO Malaysia akan membawakan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam slot ‘Dari Parlimen’ yang akan membicarakan isu-isu berkaitan sidang Parlimen.

‘Dari Parlimen’ akan bersiaran secara langsung (Facebook Live) pada pukul 9 malam ini di Facebook parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya dan bersama-sama mengikuti kupasan dari tetamu jemputan.

Sebelum ini, ‘Dari Parlimen’ telah menampilkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua WHIP Barisan Nasional, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.