Kerajaan PH Zalim… Bukan Hanya Akaun UMNO Yang Beku Tapi Rakyat Pun Tertindas

 

KUALA LUMPUR, 20 Mac- Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan membidas kenyataan Menteri Kewangan tentang pembekuan akaun UMNO dibawah AMLA dan Bank Negara Malaysia.

Ahmad berkata pembekuan sesuatu akaun di bawah AMLA ini tidak boleh melebihi 90 hari, sepatutnya mesti ada penyitaan, tetapi harta UMNO tidak disita namun dalam masa yang sama akaun tetap dibekukan.

“Sepatutnya dalan masa setahun harus dikemukan ke mahkamah dan ini tiada pertuduhan akibat pembekuan akaun terlalu lama,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini adalah kerajaan yang zalim, zalim, zalim dan zalim.

“Kezaliman PH ini bukan sahaja membekukan akaun UMNO malahan juga menzalimi rakyat Malaysia yang sering menipu, menindas rakyat di luar bandar mahupun di bandar,” tegasnya.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Perdagagan Industri dan Antarabangsa (MITI) merasa kecewa dengan kerajaan PH yang masih membekukan akuan UMNO sedangkan ada satu keputusan dari Mahkamah Rayuan pada 1 Julai 2018 yang lalu.

Dalam perbahasan di Parlimen pagi tadi Ahmad bertanya kepada Menteri Kewangan mengapa akaun UMNO terutama sekali akaun di Ibu Pejabat masih dibekukan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.