‘Isu Taliban, DAP & Penggantungan Noh Omar ‘ Dalam Diskusi Dari Parlimen Live Di FB

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Malam ini, Penerangan UMNO Malaysia akan menampilkan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dalam slot ‘Dari Parlimen’ yang akan membicarakan topik ‘Isu Taliban, DAP & Penggantungan Noh Omar’.

Antara topik utama yang akan dibincangkan adalah mengenai isu penggantungan Noh oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof selama tiga hari bermula hari ini daripada menghadiri Sidang Dewan Rakyat serta isu Dap yang menggelar kerjasama UMNO dan PAS sebagai Taliban sekiranya kedua-dua parti membentuk kerajaan.

‘Dari Parlimen’ akan bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam ini di Facebook parti, https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya dan bersama-sama mengikuti kupasan dari tetamu jemputan. – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79