Tidak Perlu Bimbang Kerjasama Antara UMNO Dan PAS Kerana Ia Melindungi Semua Kaum – Najib

 

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, tidak seharusnya ada pihak yang berasa bimbang dengan kerjasama antara UMNO dan PAS kerana kerjasama ini demi kepentingan ummah.

Malah jelas beliau, kerjasama ini juga melindungi kepentingan kaum lain.

“Kerjasama UMNO dan PAS untuk kepentingan ummah di samping melindungi kaum lain maka tidak ada sesiapa harus berasa bimbang dengan kolabrasi antara UMNO dan PAS.

“Tapi apa yang berlaku dalam konteks ini terpulang kepada kepimpinan untuk menentukannya, apa yang penting sekarang ini adalah prinsipnya,” ujar beliau kepada media di lobi Parlimen har ini.

Pada 5 Mac lalu, UMNO dan PAS mengumumkan secara rasmi akan bekerjasama sebagai pembangkang dengan agenda utama ke arah penyatuan ummah tanpa meminggirkan kaum lain di negara ini.

Namun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan usaha itu demi mengembalikan Najib sebagai pemimpin serta menghalalkan jenayah didakwa dilakukannya.

Selain itu, beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) juga turut menyelar kerjasama kedua-dua parti Islam terbesar di negara ini kononnya ia ibarat Taliban dan seperti melancarkan perang kepada bukan Islam. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.