Kerjasama Rasmi UMNO-PAS Baru Masuk Fasa Permulaan – Annuar

 

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa
kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas baru memasuki fasa permulaan berdasarkan situasi rakyat yang tidak yakin terhadap kerajaan hari ini.

Katanya, hal untuk menubuhkan kerajaan negeri mahupun Persekutuan antara UMNO-PAS lebih kepada spekulasi memandangkan ianya tak melibatkan satu kaum sahaja.

“Kerjasama rasmi antara UMNO-PAS masih baru dan kita masih di peringkat permulaan dengan perbincangan sererusnya akan dibuat melalui Jawatankuasa Teknikal,” katanya.

Jelas beliau, rakyat hari ini tidak gembira dengan keadaan ekonomi negara di samping soal perpecahan, perkauman dan perpaduan yang tidak kukuh.

“Kita tidak boleh membentuk kerajaan hanya dengan satu kaum, perlu bekerjasama dengan semua khususnya parti orang bukan Islam.

“Dalam masa sama, kita tidak hanya lihat pada satu atau dua negeri tetapi senario keseluruhan negara dan politik nasional,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.