Dr Shamsul Lancar Buku Propaganda Politik, ‘Soft Skill’ Kepada Ahli Parti


KUALA LUMPUR, 12 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah  hari ini melancarkan buku Propaganda Politik yang dikarang oleh bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Zuhdi.

Buku berkenaan memberi penjelasan dan juga pelbagai strategi peperangan dalam politik dan ianya membawa makna serta impak yang cukup besar terhadap perjuangan parti.

“Saya harap buku ini akan dapat memberi manfaat khususnya kepada kita di dalam penerangan UMNO dan juga parti. Sekalung tahniah diucapkan kepada penulis buku dan moga benar-benar memberi faedah kepada semua, kata Shamsul dalam ucapan ringkas pelancaran buku tersebut Lobi Menara Dato’ Onn, di sini, Selasa.

Sementara itu penulis buku, Budiman Mohd Zohdi ketika ditemui berkata buku berkenaan adalah ‘soft skill’ dan sebagai modul latihan untuk melaksanakan propaganda politik.

“Pada kajian saya propaganda politik kalau disusun dengan sebaik mungkin ianya boleh memperkuatkan parti daripada segi memperkukuhkan kempen, daripada sudut menguatkan mesej-mesej yang dihantar serta memobilasasi isu-isu itu tersendiri.

“Pada saya setiap ahli parti perlu mempunyai kemahiran dalam propaganda politik selain daripada kita nak menguatkanparti, ianya juga boleh menyerang pihak lawan,” katanya. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.