UMNO-PAS: Penyatuan Ummah Untuk Perkuat Tunjang Bangsa


TAIPING, 11 Mac – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa penyatuan ummah yang dibentuk antara UMNO dan PAS adalah bagi memastikan Islam sebagai tunjang bangsa Melayu diperkuatkan.

Katanya, konsep penyatuan ummah juga adalah untuk memastikan hak rakyat sentiasa terpelihara dan terbela.

“Sekali lagi saya tegaskan, penyatuan ummah ini adalah bagi memastikan Islam sebagai agama tunjang dan Melayu-Bumiputera selaku bangsa teras diperkuatkan seumpama akar sebatang pokok yang kukuh mengeluarkan dahan-dahan yang subur tempat berteduh seluruh rakyat berbilang agama dan kaum dengan aman, stabil dan harmoni di Malaysia yang tercinta,” katanya yang dipetik dari laman Facebooknya, malam tadi.

Terdahulu, beliau turut serta dalam Ceramah Perpaduan Ummah bersama Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad; YDP PAS Bukit Gantang, Ustaz Faisal Rahman; dan ADUN Trong, Jamilah Zakaria bertempat di Pusat Tarbiah PAS Pekan Trong, Perak.

Dalam masa yang sama beliau melahirkan rasa gembira kerana nampaknya semakin hebat sambutan rakyat di akar umbi mendokong agenda penyatuan ummah antara UMNO dan PAS. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.