Lebih Baik Menteri PH Selesai Dulu Masalah Depan Mata Daripada Buat Kereta Terbang…


KUALA LUMPUR, 5 Mac – Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil meminta menteri-menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk selesaikan dahulu masalah-masalah di depan mata.

Katanya, isu berkaitan kereta terbang perlu diserah kepada saintis dan jurutera yang pakar berkenaan hal ini dahulu kerana ia bukannya satu isu dasar awam yang kritikal pada masa sekarang.

“Banyak isu lain yang kritikal kepada dasar awam yang memberi kesan kepada rakyat yang memerlukan perhatian kerajaan kini. Contohnya, kos sara hidup yang tinggi, ekonomi yang merudum, ketegangan kaum, dan lain-lain,” katanya menerusi lontaran dalam laman Facebooknya, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof yang dilapor akan mengeluarkan kereta terbang pertama Malaysia dengan teknologi tempatan, dan dijangka diperkenalkan tahun ini. Namun begitu pasaran jualan hanya untuk kegunaan industri pengangkutan dan bukan untuk dijual kepada orang awam. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.