Hampir Setahun Mentadbir, PH Makin Celaru … – Bastien Onn


KUALA LUMPUR, 4 Mac – Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah hampir setahun namun barisan menteri-menteri kabinetnya dilihat masih tidak mampu mencernakan idea baru malahan menciplak idea kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN), kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn.

Beliau berkata sehingga kini tiada apa-apa hasil yang nak dibanggakan dalam pentadbiran PH malahan negara menjadi ‘caca marba,’ dengan sikap pemimpinnya yang ego , tidak mengaku salah, tiada integriti, pemalsuan sijil akademik dan penipuan selain sikap ‘u-turn’ yang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.

“Setakat hari ini tiada program, dasar dan intensif yang dapat membantu rakyat selain daripada ‘copy and paste’ atau dijenamakan semula apa-apa yang telah dilaksanakan BN dahulu.”

Katanya, program-program yang dibuat oleh BN dahulu banyak yang merealisasikan impian rakyat dan meningkatkan taraf sosio ekonomi namun kerajaan yang ada hari ini jauh berbeza kerana PH hanya pandai menabur janji tapi tidak menepatinya.

“Sepatutnya rakyat perlu dapat subsidi asas seperti gas memasak, tepung, apungan petrol, gula, minyak masak yang telah ditarik balik melalui pelan rasionalisasi subsidi sedangkan subsidi bersasar ini merupakan kaedah untuk membantu mereka yang layak.

“Saya tidak faham mengapa kerajaan PH mengurangkan jumlah penerimaan Bantuan Sara Hidup (BSH) sedangkan duit itu merupakan penjimatan daripada rasionalisasi subsidi… itu adalah hak rakyat,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.

Ketua Pemuda UMNO Segamat itu turut menjelaskan jumlah penerimaan BSH kini terlalu sedikit dan jauh berbeza dengan apa yang diberi oleh kerajaan BN terdahulu.

“Rakyat amat kecewa khususnya golongan bujang yang mendapat sebanyak RM100 sahaja, sedangkan kos sara hidup semakin tinggi.

“Ditambah lagi dengan peluang pekerjaan yang dijanjikan PH sebanyak 1 juta hanya ‘mimpi belaka’ walhal semasa era BN dahulu peluang pekerjaan ditambah… lebih dari itu kerajaan PH pun mahukan kakitangan kerajaan dikurangkan dengan alasan yang sama… tiada duit,” tegasnya.

Dilaporkan semalam, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik membuat ‘u-turn’ apabila berjanji untuk mengembalikan semula bayaran RM250 kepada mahasiswa sepertimana yang dinikmati pada zaman pentadbiran BN di bawah Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) pada tahun depan.

Sementara, Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim pula mencadangkan pekebuh kecil beralih kepada tanaman baharu seperti kelapa, nanas atau buluh sebagai langkah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap hasil tanaman kelapa sawit sebagai produk komoditi negara termasuk menghentikan peluasan penanaman tanaman itu. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.