‘Damage Control’ Dah Kalah, PH Dakwa BN Menang PRK Semenyih Sebab Politik Perkauman…


KUALA LUMPUR, 4 Mac – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sebagai ‘damage control’ kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Sabtu lalu maka mereka mendakwa Barisan Nasional (BN) menang kerana politik perkauman dan agama.

Beliau mempersoalkan kenapa kenapa kerjasama UMNO-PAS dianggap perkauman sedangkan kenapa sokongan tinggi kaum Cina kepada calon PH tidak dianggap perkauman?

“Kalau isu menghina Rasulullah dan Islam menjadi bahan kempen di Semenyih, itu menjadi tanggungjawab UMNO-PAS membelanya,” katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya.

Ini kerana katanya, kejadian menghina Islam melalui media sosial berterusan dan semakin melampau.

“Ketidaktegasan dan sikap liberal Kerajaan PH yang didominasi oleh Dap mendorong segelintir orang menjadi biadap. Sepatutnya Kerajaan PH yang bertanggungjawab kerana tidak tegas bertindak.

“Tuduhan Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad), UMNO parti ‘innalillah’ dan kafir adalah sebenarnya perkauman. Serangan berterusan terhadap PAS termasuk cerita 90 Juta dan 1.4 Juta gagal memecahkan kerjasama UMNO-PAS,” bidas beliau.

“Di Cameron Highland, Dap dikalahkan, di Semenyih PPBM dikalahkan dan Insya-Allah di Rantau nanti giliran PKR pula dikalahkan.”

Tegas beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), pokoknya ‘wow factor’ Tun M dan Anwar (Ibrahim) semakin merosot.

“Kehadiran mereka berdua di Semenyih gagal membantu kemenangan Aiman Zainali. Sikap rakyat terhadap PH mula berubah daripada marah kepada benci.” – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.