Semua Parti Di Dalam BN Dan Pas Menyumbang Kepada Kemenangan Di Semenyih – Dr Shamsul


SEMENYIH, 3 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih  membuktikan kerjasama UMNO, PAS, MCA, MIC dan parti komponen BN lain adalah gabungan terbaik untuk rakyat Malaysia.

Semua parti jelas beliau berperanan dan menyumbang kepada kemenangan yang bermakna ini.

Tambahnya keupayaan BN merampas semula Semenyih juga menunjukkan rakyat menolak Kerajaan PH khususnya  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Ini adalah suatu referendum rakyat kepada Kerajaan PH. Rakyat menunjukkan sikap ketidakpuashati mereka terhadap banyak perkara kepada kerajaan.

“ Saya merakam ucapan terima kasih kepada semua pengundi yang memilih BN dan tahniah kepada jentera parti dipelbagai peringkat yang bersama mencipta kemenangan ini,” katanya dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya menegaskan UMNO perlu terus bekerja kuat dan terus berbakti kepada rakyat.

“Kemenangan ini mesti menjadi pembakar semangat untuk UMNO terus bersama rakyat.

“Saya harap kita tidak leka dan selagi kita membela kepentingan rakyat, rakyat akan sentiasa bersama kita,” tambahnya. -Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.