Kemenangan Di Semenyih, UMNO & BN Jangan Mudah Lupa Atau Terlalai – Annuar


KUALA LUMPUR, 3 Mac – “Sebesar mana sekalipun kemenangan, UMNO dan BN jangan mudah lupa atau terlalai.

“Jauh sekali dari kembali kepada ‘penyakit’ lama… ego, sombong, jauh dari rakyat serta segala amalan buruk seperti politik wang, politik ‘war lords’, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.”

Demikian kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berhubung kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, semalam.

Katanya, anggaplah kita baru berada di pangkal jalan, setelah sekian lama tersesat di hujung jalan… perjalanan semula memerlukan masa yg panjang dan berliku.

“Paling utama, jaga amanah rakyat. Jadilah parti yg memperjuangkan nasib rakyat. Kembali pada asas perjuangan UMNO, iaitu berjuang kerana Allah demi kemuliaan agama, martabat bangsa dan kemakmuran negara.

“Antara agenda terpenting sekarang ialah perbaiki perpecahan ummah yg di bawa Pakatan Harapan (PH), terutama perpecahan umat Islam dan kaum peribumi. Gantikan dengan perpaduan dan penyatuan.

“Seterusnya perbaiki polarisasi kaum yg di bawa Dap, di mana negara ini harus di bina atas asas kepelbagaian kaum melalui politik sejahtera lagi murni,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

Jelasnya, asas bina negara seperti yang terpasak dalam Perlembagaan perlu di semarakkan.

“Suasana saling menghormati hak asas semua kaum mesti terhormati agar tiada siapa rasa terancam, apa lagi kalangan majoriti.

“Sebagai pembangkang pula, kita harus bertanggungjawab, jujur, sabar, gigih tapi yakin dgn perjuangan. Jangan mudah keluar dari saf utk mengejar kepentingan diri sendiri.”

Katanya, UMNO dan BN perlu terus di ‘reinvent’ dan direkayasa dengan model politik lama harus ditinggalkan.

“Kita bawa harapan yg lebih baru, yang lebih tulin dan lebih mensejahterakan rakyat

“Kita harus berani menegakkan kebenaran, menentang kezaliman dan ketidakadilan… pertahankan rule of law.

“Paling penting, jadilah parti yg tidak terpisah dari deria dan hati nurani rakyat, kerana kita dari rakyat,oleh rakyat dan untuk rakyat… hidup rakyat!” Katanya lagi. – MediaUMNO