Kemenangan BN Referendum Rakyat Terhadap Kerajaan PH – Tok Mat


SEMENYIH, 3 Mac – Timbalan Pengerusi  Barisan Nasional(BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih  boleh digambarkan sebagai referendum rakyat terhadap Pakatan Harapan.

Menurut beliau mereka menyatakan rasa tidak puas hati dan berasa kesal atas prestasi kerajaan PH setakat ini terutama yang yang ditaburkan yang melenakan pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

“Saya dan semua rakan – rakan rakan bersyukur kepada Allah swt kerana PRK ini telah pun memihak kepada BN dengan majoriti 1900 lebih.  Ini merupakan satu keputusan yang amat manis bagi kami setelah kita berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands tempoh hari  dan hari ini seperti yang kebanyakan orang kata  ujian sebenar di Semenyih.

“Hari itu di Cameron Highlands  kerusi asalnya  BN dan kerajaan negeri  BN. Maka hari ini kita dapat keputusan menyebelahi kita dan syukur dan terima kasih kepada semua pihak rakan-rakan komponen dan khususnya  kepada Pas yang sekali lagi memberi  laluan selepas Cameron Highlands,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRK DUN Semenyih, di Dewan Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, di sini, Sabtu malam.

Beliau seterusnya melihat PRK semenyih merupakan satu kerjasama yang baik dan akan dipupuk selepas ini dengan lebih kemas.

“Maka ini merupakann satu kerjasama yang baik dan menghasilkan keputusan yang baik .

“Jadi insya Allah kerjasama ini akan ikita pupuk  dan akan kita pastikan supaya politik tanah air akan menjadi satu politik yang baru atas kerjasama dua parti Melayu terbesar  UMNO serta  Pas dan  ini  akan membentuk kerjasama pembangkang. Kita nak lihat supaya suara rakyat akan dapat kita bawa baik dalam Parlimen mahu pun DUN,” tambahnya.

BN berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan dengan majoriti 1,914 undi.

Calonnya Zakaria Hanafi mendapat 19,780 undi sekaligus mengenepikan tiga lagi calon lain yang bertanding iaitu Muhammad Aiman Zainali daripada Pakatan Harapan (PH) 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) 847 undi dan calon Bebas, Kuan Chee Heng, 725 undi. Manakala undi ditolak sebanyak 650 undi.-MediaUMNO

 

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79