‘Terima Kasih Mengundi Saya’ – Zakaria

HULU LANGAT 2 Mac – Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi yang berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menghargai sokongan yang diberikan pengundi.

Jelas Zakaria, kebijaksaan pengundi telah membuatkan BN kembali merampas kerusi DUN Semenyih daripada Pakatan Harapan (PH).

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil rakyat.

“Terima kasih juga atas kebijaksanaan pengundi yang memilih saya untuk mewakili anda semua,” katanya dalam sidang akhbar selepas pengumuman kemenangan BN di sini hari ini.

Zakaria yang memperoleh 19,780 undi dengan majoriti 1,914 undi menewaskan tiga calon lain iaitu calon PH, Muhammad Aiman Zainali yang mendapat 17,866 undi; calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul (847 undi) dan Kuan Chee Heng (725 undi). – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.