PRK Semenyih: BN Makin Ke Depan… Ada Pihak Mula Panas Punggung Saat Akhir Kempen

SEMENYIH, 1 Mac – Kempen dan permainan politik yang tidak sihat di saat-saat akhir oleh pihak tertentu terhadap Barisan Nasional (BN) mula dikesan khususnya dalam menggugat sokongan pengundi bagi meragui kerjasama BN dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih esok.

Bagi Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari yang berkampung di Bandar Tasik Kesuma melihatnya sebagai satu perkara positif kepada parti itu yang hari ini dilihat mendapat sokongan penduduk setempat.

“PRK kali ini mencatatkan beberapa peristiwa yang menjadi viral di media sosial. Kisah ‘Bossku’ yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan generasi muda di Semenyih bukan lagi rahsia.

“Terbaharu kisah kain rentang yang memfitnah BN dan Pas tular di media sosial. Kempen kotor sebegini bukan sahaja amat mendukacitakan malah membuktikan BN mampu menang kali ini.

“Saya berani berkata demikian berasaskan sambutan hangat masyarakat tempatan setiap kali kita mengadakan program tidak kira sukan mahupun ceramah kelompok,” katanya kepada UMNO-Online, di sini hari ini.

Katanya lagi kempen bakal berakhir tepat jam 12 malam ini dan kepada PH penuhilah manifesto lapuk sebelum menambah stok manifesto baharu.

“Kepada pengundi berdaftar DUN Semenyih, pangkah calon nombor satu, Zakaria Hanafi. Jangan salah nombor,” ujarnya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.