‘Semenyih… Beri Peluang BN’, Bersama Ismail Sabri Yaakob Malam Ini di ‘FB Live’


KUALA LUMPUR, 27 Feb – Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berbaki lebih kurang dua hari sahaja lagi dengan pelbagai corak kempen daripada parti-parti yang bertanding di mana Barisan Nasional (BN) menampilkan calonnya, Zakaria Hanafi, 58 tahun, berbekalkan ‘tagline’ – Bukti, bukan sekadar janji.

Justeru malam ini, Penerangan UMNO Malaysia akan membawakan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti, Datuk Ismail Sabri Yaakob, juga selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor dalam Diskusi N24 Semenyih dengan topik perbincangan ‘Semenyih… Beri Peluang BN’.

Diskusi yang disiarkan secara langsung (Facebook Live) pada jam 9 malam ini akan dihoskan oleh Penganalisa Politik, Datuk Dr. Noor Azizan Abdul Majid.

Sehubungan itu, warganet dijemput untuk bersama-sama mengikuti diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. – MediaUMNO

—– —- —- —–

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.