Dr. Shamsul Anuar Nasarah Dan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi ‘Live FB’ Malam Ini


KUALA LUMPUR, 26 Feb – Buat julung kalinya, Diskusi N.24 Semenyih akan menampilkan pemimpin UMNO dan PAS bagi membincangkan topik yang berkaitan kerjasama dan permuafakatan antara kedua-dua parti tersebut.

Justeru malam ini, Penerangan UMNO Malaysia akan membawakan Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah bersama Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dengan tajuk ‘UMNO-PAS, Kebersamaan Dan Solidariti Melayu, Islam’.

Diskusi yang disiarkan secara langsung (Facebook Live) pada jam 9 malam ini akan dihoskan oleh Datuk Dr. Noor Azizan Abdul Majid.

Sehubungan itu, warganet dijemput untuk bersama-sama mengikuti diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.