‘Antara Janji, Harapan Dan Realiti Kerajaan PH’, Bersama Annuar Musa Malam Ini


KUALA LUMPUR, 25 Feb – Perubahan tampuk pemerintahan kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menjanjikan beribu harapan buat rakyat.

Antara harapan rakyat adalah mengenai tadbir urus yang semakin baik, adakah ia berlaku? Tiada lagikah pelantikan politik dalam syarikat milik kerajaan (GLC)? Bagaimana pula dengan ‘Rule Of Law’; pendakwaan berpilih?

Antara janji-janji manifesto yang dilemparkan adakah ia ditepati? Masalah kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat, apa tindakan kerajaan? Menoreh di musim tengkujuh atau menyuruh nelayan menanam pokok rambutan di belakang rumah?

Bagaimana pula dengan prestasi kerajaan PH yang sehingga kini masih tiada dasar yang jelas, baik dari segi memakmurkan ekonomi negara hinggalah menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat. Itu belum membicarakan mengenai sikap ‘flip flop’ dan ‘U-Turn’ mereka dalam membuat keputusan.

Justeru malam ini, Penerangan UMNO Malaysia akan menampilkan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh dalam Diskusi N.24 Semenyih dengan tajuk perbincangan ‘Antara Janji, Harapan Dan Realiti Kerajaan PH’.

Diskusi yang disiarkan secara langsung (Facebook Live) pada jam 8.30 malam ini akan dihoskan oleh Datuk Dr. Noor Azizan Abdul Majid.

Sehubungan itu, warganet dijemput untuk bersama-sama mengikuti diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.