Jawatankuasa Kerjasama UMNO Dan Pas Akan Ditubuhkan – Mohamad Hasan

SEMENYIH, 24 Feb – UMNO dan Pas bersetuju menjalinkan kerjasama secara formal dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa selepas pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih nanti.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohammad Hassan kerjasama antara UMNO dan Pas sekarang ini secara tidak formal, tapi di peringkat tertinggi kedua-dua parti bersetuju untuk jalin kerjasama secara formal.

“Kita bersetuju untuk mengadakan rundingan dan kerjasama di peringkat pusat selepas tamat PRK (pilihan raya kecil) (Dewan Undangan Negeri) Semenyih ini. UMNO akan dipengerusikan (diketuai) oleh saya sendiri, manakala Pas oleh Timbalan Presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,” katanya pada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Jai, Beranang di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohammad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional tidak menyatakan jumlah wakil UMNO yang akan terlibat dalam jawatankuasa itu.

Semalam, media melaporkan dua parti pembangkang itu akan menubuhkan jawatankuasa sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.