Tarif Air Selangor Naik Selepas PRK Semenyih


KUALA LUMPUR, 22 Feb – Pakatan Harapan (PH) janganlah memberi pelbagai alasan untuk melepaskan tengkuk kerana rakyat sudah tahu temberang dan tembelang mereka, kata Jabatan Komunikasi Strategik (JKS), Penerangan UMNO Malaysia.

Katanya, kita tidak mahu pemimpin kerajaan yang muka tebal yang tidak mengambil endah hal rakyat tetapi melenting apabila dikritik.

“Pemimpin-pemimpin kerajaan perlu menjaga amanah rakyat apabila berkuasa,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya, pada tahun 2017, penulis Isham Jalil pernah menulis di akhbar The New Straits Times bahawa Kerajaan Negeri Selangor di bawah PH akan menaikkan tarif air selepas PRU-14 selepas mereka menang pilihan raya.

“Selepas negeri-negeri lain di bawah PH mengumumkan kenaikan tarif air baru-baru ini, beliau pasti Kerajaan PH negeri Selangor juga akan menyusul kelak.

“Ini susulan pembelian syarikat air SPLASH oleh kerajaan dengan harga melebihi RM 2 bilion yang berlipat kali ganda melebihi taksiran asal sebanyak beberapa ratus juta ringgit sahaja.”

Soalnya, adakah syarikat ini adalah syarikat kroni kerajaan?

“Selepas PRK Semenyih, tarif air akan dinaikkan oleh kerajaan untuk menanggung kos pembelian yang melampau ini.

“Rakyatlah yang terpaksa menanggung kos ini dengan membayar tarif air yang lebih tinggi di Selangor.

“Sudahlah perkhidmatan air masih tidak bermutu dengan bekalan air yang kerap terputus dan kualiti yang dipersoal, kini mereka ingin menaikkan tarif air di Selangor pula.”

Bidasnya, apabila rakyat mengkritik mutu perkhidmatan kerajaan, kerajaan patut berasa malu lantas memperbetulkan keadaan.

“Ini kerana rakyat membayar kerajaan melalui cukai untuk perkhidmatan tersebut dan untuk gaji Menteri-menteri yang berpuluh-puluh ribu.

“Kita tidak mahu pemimpin kerajaan yang muka tebal yang tidak mengambil endah hal rakyat tetapi melenting apabila dikritik.

“Kuasa yang diberikan oleh rakyat adalah suatu amanah,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.