‘Kos Sara Hidup PH Gagal’, Bersama Ahmad Maslan Malam Ini Di ‘FB Live’


KUALA LUMPUR, 22 Feb – Masih terngiang-ngiang di telinga rakyat bagaimana pemimpin Pakatan Harapan (PH) menghasut masyarakat di negara ini sekiranya mereka menjadi kerajaan, mereka mampu menurunkan harga barang dan seterusnya menangani kos sara hidup.

Begitu juga dengan membuat tuduhan Barisan Nasional (BN) digelar sebagai ‘Barang Naik’, ditambah pula dengan momokan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai penyebab kenaikan harga barangan dan kos sara hidup rakyat di negara ini.

Jika begitu sifirnya, adakah PH pula sebagai ‘Penaik Harga’ atau ‘Price Hike’ kerana terbukti pelaksanaan kembali cukai regresif, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak mampu menurunkan harga dan kos sara hidup bahkan semakin naik secara berleluasa.

Ini ditambah pula dengan pengakuan pemimpin kerajaan PH baik dari timbalan menteri kewangannya mahupun dari perdana menteri sendiri yang mengakui mereka gagal menurunkan kos sara hidup rakyat.

Justeru malam ini, Penerangan UMNO Malaysia akan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian dan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di dalam Diskusi N.24 Semenyih dengan tajuk perbincangan ‘Kos Sara Hidup PH Gagal’.

Diskusi yang disiarkan secara langsung (Facebook Live) pada jam 9 malam ini akan dihoskan oleh Datuk Dr. Noor Azizan Abdul Majid.

Sehubungan itu, warganet dijemput untuk bersama-sama mengikuti diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. – Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.